Posts

Showing posts from April, 2025

Kg Jerantut Feri Kampung Angkat Madani

Image
  Kampung Jerantut Feri dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI oleh JWP, memberi manfaat kepada 4,000 penduduk.  Program ini termasuk bantuan seperti lampu solar, sumbangan kelengkapan sekolah, benih ikan patin, dan perancangan naik taraf kemudahan kampung.  Inisiatif ini bertujuan memperkasa pembangunan luar bandar secara holistik dan berterusan. Sumber:  https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2417273

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama TAHAP Jerantut

Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) merupakan salah satu institusi pendidikan agama di Malaysia yang ditubuhkan pada 8 Januari 1984. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKAP) dan beroperasi sementara di Sekolah Menengah Jerantut dengan 120 pelajar serta 11 orang guru. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mansor bin Haji Abdul Kadir. Pada 8 Januari 1988, sekolah ini berpindah ke kampus tetap di Kampung Temin, kira-kira 4 km dari Bandar Jerantut, dengan kawasan seluas 17 hektar. Tapak baharu ini dibina di atas tanah seluas 17 hektar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk dua gelanggang tenis, sebuah rumah guru kelas C, sebuah rumah guru kelas D, dan 10 buah rumah guru kelas F untuk menampung keperluan kakitangan sekolah. Sempena perasmian bagunan baharu, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP)...

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut. Tutup pada 8 Mei 2025.

Image
  Jawatan: Penolong Arkitek Landskap Gred: JA5 Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Klasifikasi: Kejuruteraan Taraf Jawatan: Contract of Service (CoS) Kekosongan: 1 Gaji (Bulanan): Minimum: RM 1,650.00 Maksimum: RM 6,620.00 Kadar kenaikan tahunan: RM 145.00 Elaun: ITKA RM 160.00, ITP RM 300.00 --- Syarat Lantikan: 1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur ≥ 18 tahun pada tarikh tutup iklan. 3. Kelayakan akademik: Sijil dalam Teknologi Landskap, Seni Bina, Perancangan Bandar, atau Kejuruteraan Awam; ATAU Diploma dalam Seni Bina Landskap. 4. Kepujian (Gred C ke atas) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM. --- Deskripsi Tugas: Menyediakan pelan, dokumentasi, dan cadangan reka bentuk landskap. Laksanakan kerja lapangan, pemantauan, dan pemuliharaan landskap. Laksana projek pembangunan dan program rekreasi. Kumpul maklumat dan laksana penguatkuasaan dasar berkaitan landskap. --- Cara Memohon: Guna Borang MDJ/1 ( https://drive.google.com/file/d/1DLvbNp5XEKpmWhWdKohkViVF0i_v1Q4G/view ). S...

Jerantut : Sejarah awal dan perkembangannya.

Image
  Nama "Jerantut" dipercayai berasal dari sebutan Orang Asli semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Menurut cerita, sekumpulan penduduk Melayu dari Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar mencari kerbau mereka yang hilang dan tidak pulang.  Mereka bertanya kepada Orang Asli di kawasan Paya Tambak, yang menunjukkan arah ke "Jeram Tut" - jeram kecil di sungai tempat kerbau itu ditemui. Lama-kelamaan, kawasan itu dikenali sebagai Jerantut. Sejarah Pentadbiran Pada tahun 1948, selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Jerantut dijadikan daerah kecil di bawah daerah Lipis. Penolong Pegawai Daerah pertama ialah Encik Maaroff, dengan pejabat sementara di tapak Rumah Rehat Jerantut sekarang. Balai Polis Jerantut pernah diserang oleh pengganas komunis semasa darurat, namun serangan itu berjaya dipatahkan dengan bantuan dari Kuala Lipis. Kemajuan Infrastruktur Bandar lama Jerantut pada awalnya hanya mempunyai dua deretan kedai milik kaum Cina berhampiran Stesen Keretapi.  Laluan ker...

Jawatan kosong Pengawal Keselamatan BS Freshmart

Image
  🔒 𝐁𝐒 𝐅𝐫𝐞𝐬𝐡𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧! Jom sertai pasukan kami dan bantu pastikan keselamatan di kawasan warehouse sentiasa terjaga!  💼𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧: RM 1,700.00  📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: No 1-9, Kedai 3 Tingkat, Jalan Irong 1, Terminal Bas, Bandar Baru, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. 📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧: 1 Mei 2025 (khamis) 📧 Hantar resume anda ke: 𝐛𝐬𝐟𝐫𝐞𝐬𝐡𝐦𝐚𝐫𝐭𝐢𝐳𝐳𝐚𝐡@𝐠𝐦𝐚𝐢𝐥.𝐜𝐨𝐦  ☎ Sebarang pertanyaan: 012-7236966 (Cik Jia) / 012-7187504 (Cik Tiya) #Kerjaya #JawatanKosong #PengawalKeselamatan #BSFreshmart #WarehouseHiring #KerjaPahang

Asal Usul Nama Kampung Bantal Jerantut

Image
  Kampung Bantal adalah salah satu kampung yang berada di Pinggiran Sungai Tembeling nun jauh di sana. Menariknya walaupun jauh di pedalaman, Kampung ini tidak dipinggirkan. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan oleh kerajaan. Sekolah ada klinik ada pondok polis ada, pos kawalan perhilitan ada masjid ada surau ada. Malah ada juga sebuah istana disana. Ramai tak tahu ada istana hinggap disana untuk kegunaan Kerabat Kesultanan Pahang jika ada program disana. Nama istana itu adalah Istana Seri Tembeling. Kali ini kas nak cerita pasa asal usul nama Kampung Bantal ini. Asal-usul nama Kampung Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, nama asal kampung ini ialah "Bantai", yang bermaksud memukul. Kisah bermula apabila seekor ular besar sering mengganggu penduduk kampung.  Penduduk kemudian bersepakat untuk membunuh ular tersebut dengan memukulnya hingga mati. Peristiwa ini menjadi titik tolak penamaan kampung tersebut sebagai Kampung...

Jawatan Kosong Big Farmasi Jerantut

Image
  Job Description Tanggungjawab: 1. Menolong Pegawai Farmasi 2. Melayan pelanggan farmasi 3. Mengendali stok di kedai 4. Menyusun, menerima stok 5. Juruwang 6. Mengawal stok supaya tidak berlebihan. 7. Memastikan tarikh luput stok 8. Kebersihan farmasi (   Jerantut  Wellness Sdn  Contract Permanent Working Hours 3 Shift Time Occupation Sales assistant Salary RM 1,500 - RM 1,999 Education Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5 Sector Human health activities Retail trade, except of motor vehicles and motorcycles Jika berminat boleh mohon secara online melalui link dibawah https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=89914878134c47e7bfeebdf7f76cdf16

Jawatan kosong perkhidmatan awam Negeri Pahang. Tutup pada 24.4.25

Image
 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut: ARTIS BUDAYA GRED B1 (PENARI) (KONTRAK) 7 kekosongan ditawarkan. Syarat Kelayakan Minimum: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau iii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berka...

Jerantut. Pecahan dari Daerah Lipis.

Image
  Ini adalah fakta. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Kalau begitu mari saya beritahu. Daerah Jerantut  merupakan sebuah daerah di negeri  Pahang ,  Malaysia . Daerah ini merupakan daerah terbesar di Pahang dan  Semenanjung Malaysia  dengan keluasan 7,561 kilometer persegi. Daerah ini juga merangkumi 10 buah mukim dan berpusat di  Bandar Jerantut . Sebelum diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Jerantut termasuk di bawah pentadbiran daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1951, Jerantut merupakan satu daerah kecil dalam daerah Lipis dan ditadbir oleh penolong pegawai daerah. Pada 1 Januari 1959, pemasyhuran Jerantut sebagai sebuah daerah telah disempurnakan oleh  Sultan Abu Bakar ,  Sultan Pahang  dan seorang pegawai daerah dilantik bertujuan membantu pengurusan pentadbiran daerah ini. Daerah Jerantut ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu  Majlis Daerah Jerantut  yang berpusat di Bandar Jerantut. Daerah ini ...

2 Projek berimpak Tinggi dirancang di Jerantut.

Image
  Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan dua cadangan untuk mewujudkan pusat sehenti bagi mempromosikan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Jerantut.  Cadangan pertama melibatkan pembinaan Pusat Teknologi Jangka Hayat, Lestari Makanan dan Minuman dengan kerjasama SIRIM Berhad. Pusat ini akan berfungsi sebagai tempat pemprosesan, pembungkusan, pelabelan, dan pemasaran produk IKS, dengan fokus awal pada satu produk tertentu dan penglibatan beberapa IKS terpilih.  SIRIM akan menyediakan latihan penggunaan mesin serta bimbingan pensijilan Halal dan MeSTI untuk memastikan produk memenuhi piawaian ditetapkan. Cadangan kedua adalah pembangunan Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Temin di Pusat Pertanian Temin, Mukim Pulau Tawar, Jerantut, seluas 2.315 hektar.  Projek ini dirancang untuk dilengkapi dengan kemudahan seperti medan selera, tandas, stesen minyak, pusat jualan kraftangan, bengkel IKS, gerai buah-buahan tempatan, serta pejabat operasi dan pusat informas...

Jerantut Feri. Sejarah yang tidak ditelan zaman. Saksi bisu kemajuan Bandar Jerantut.

Image
Terdapat sebuah kampung bernama Kampung Jerantut Feri di daerah Jerantut, Pahang. Ia adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan. Kampung ini terletak di Mukim Pedah dan mempunyai poskod 27150.  la dikenali sebagai pekan kecil dalam daerah tersebut. Nama "Jerantut Feri" berasal daripada sejarah penggunaan feri untuk menyeberangi sungai sebelum pembinaan jambatan pada tahun 1978. Artis terkenal Juliana Banos adalah anak jati Jerantut Feri. Disini juga ada murtabak yang sedap sering menjadi pilihan dibulan ramadhan. Menariknya dibulan selain Ramadhan pun murtabak ada dijual disini dan ramai yang menyukainya. Untuk maklumat lain anda boleh layari  https://akuanakpahang.blogspot.com/2009/07/jerantut-feri-1949.html?m=1 Gambar diatas adalah ketika pembinaannya siap ditahun 1978.