Jerantut : Sejarah awal dan perkembangannya.

 


Nama "Jerantut" dipercayai berasal dari sebutan Orang Asli semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Menurut cerita, sekumpulan penduduk Melayu dari Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar mencari kerbau mereka yang hilang dan tidak pulang. 

Mereka bertanya kepada Orang Asli di kawasan Paya Tambak, yang menunjukkan arah ke "Jeram Tut" - jeram kecil di sungai tempat kerbau itu ditemui. Lama-kelamaan, kawasan itu dikenali sebagai Jerantut.

Sejarah Pentadbiran

Pada tahun 1948, selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Jerantut dijadikan daerah kecil di bawah daerah Lipis.

Penolong Pegawai Daerah pertama ialah Encik Maaroff, dengan pejabat sementara di tapak Rumah Rehat Jerantut sekarang.

Balai Polis Jerantut pernah diserang oleh pengganas komunis semasa darurat, namun serangan itu berjaya dipatahkan dengan bantuan dari Kuala Lipis.


Kemajuan Infrastruktur

Bandar lama Jerantut pada awalnya hanya mempunyai dua deretan kedai milik kaum Cina berhampiran Stesen Keretapi.

 Laluan keretapi Pantai Timur dibina pada awal tahun 1922, dan jalan raya utama menghubungkan Kuala Lumpur, Bentong, Raub, Jerantut, dan Kuantan.


Pemasyhuran Sebagai Daerah Penuh

Pada 31 Ogos 1957, sempena kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Jerantut diisytiharkan sebagai daerah penuh. 

Pegawai Daerah pertamanya ialah Dato' Abu Bakar bin Hussin dari Chenor. Daerah ini merangkumi 10 mukim: Pedah, Ulu Tembeling, Ulu Cheka, Kuala Tembeling, Tembeling Tengah, Teh, Kelola, Tebing Tinggi, Burau, dan Pulau Tawar.

Sumber teks dan gambar:  https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/03/sejarah-dan-latar-belakang-daerah.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.