Jawatan kosong perkhidmatan awam Negeri Pahang. Tutup pada 24.4.25


 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

ARTIS BUDAYA GRED B1 (PENARI) (KONTRAK)

7 kekosongan ditawarkan.


Syarat Kelayakan Minimum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

iii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan beserta RESUME lengkap beserta gambar dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.


CATATAN AM


1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.


2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


3. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak ini.


Sila kemukakan permohonan kepada:


Unit Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 KUANTAN.

Atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM 

24 APRIL 2025 (KHAMIS) JAM 11.59 MALAM

Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.