Posts

Pelbagai kekosongan jawatan di Majlis Daerah Jerantut. Tutup pada 25 Mei 2026.

Image
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Jerantut. 📌 Jawatan ditawarkan: ▪️ Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5 (Tetap) ▪️ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5 (Tetap) ▪️ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 (Tetap) ▪️ Pembantu Khidmat Am H1 (Tetap) 📥 Maklumat lengkap permohonan: https://mdjerantut.gov.my/iklan-jawatan-kosong-tarikh-tutup-25-mei-2026/ 📄 Syarat dan maklumat jawatan boleh disemak pada pautan yang disediakan dalam iklan. 🚨 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻: 𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur.

Kalau Melaka ada Sekolah Henry Gurney, Jerantut juga da. Sekolah Tunas Bakti Jerantut. Nampak sama tapi bukan. Ini perbezaannya.

Image
  Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ramai yang belum tahu. Jadi mari kita ambil tahu. Di Jerantut ada sebuah sekolah pemulihan yang diberi nama Sekolah Tunas Bakti Jerantut.  Tetapi jangan salah faham. Sekolah ini tidak sama seperti sekolah Henry Gurney. Kenapa? Mari saya jelaskan. Pertama sekali Henry Gurney adalah dibawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia. Manakala Tunas Bakti adalah bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kedua, pelajar Henry Gurney adalah pesalah juvana yang terbukti bersalah di mahkamah. Manakala pelajar Tunas Bakti adalah pelajar yang bermasalah dari segi akhlak dan disiplin.  Tempoh masa pula di Henry Gurney adalah selama mana ditetapkan mahkamah atau sehingga berumur 21 tahun. Manakala di Tunas bakti pula adalah selama 3 tahun sahaja.  Walapun mereka ditempatkan di Tunas Bakti, tetapi mereka bukanlah pesalah juvana. Para guru juga seringkali membawa pelajar untuk program luar sekolah seperti perbarisan hari kebangsaan, aktiviti sukan ...

Jawatan kosong Maahad Tahfiz Annabawi Jerantut.

Image
  Maahad Tahfiz Yayasan Annabawi Jerantut mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi jawatan yang berikut. 1. Guru Tahfiz Lelaki 2. Warden Lelaki Permohonan adalah secara dalam talian melalui link dibawah.  Jawatan Guru Tahfiz lelaki. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=edb790dbd90b41d882d1c975525b7b03 Jawatan warden lelaki. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=82118eea4ea94985b54e7324ba5f1b5b

Kerja kosong Watson Jerantut. Mei 2026. Mohon segera

Image
 Anda sedang menganggur dan tak kisah kerja bidang apa pun. Cubalah keja di kedai watson.  Watson jerantut sedang mencari pekerja berjawatan Health Advisor. Gaji tambah elaun boleh jugak lepas ke RM2100 sebulan. Kalau tuan puan tak kisah bidang kerja apapun, cubalah kerja di watson ni ye. Mohon secara online je dalam talian melalui link dibawah. https://www.maukerja.my/job/17979538-health-advisor-jerantut-relocation-from-m247?utm_medium=social&utm_source=copylink

Lelaki berpura-pura ingin membeli cincin tunang rupanya terus mencuri barang kemas bernilai RM26k di Jerantut

Image
  Seorang lelaki di Jerantut menggunakan taktik menyamar sebagai pelanggan untuk mencuri barang kemas bernilai hampir RM26,000 di sebuah kedai emas. Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, suspek berpura-pura mahu membeli cincin pertunangan sebelum meminta jurujual menunjukkan pelbagai jenis barang kemas termasuk cincin dan gelang. Ketika jurujual berpaling untuk mengambil barangan lain, suspek mengambil kesempatan melarikan semua barang kemas di atas meja pameran dan melarikan diri. Jurujual sempat mengejar tetapi gagal menangkap suspek. Barangan yang dilarikan termasuk tiga gelang emas, satu cincin emas dan satu cincin perak dengan nilai sekitar RM25,901. Polis telah mendapatkan rakaman CCTV serta menemui cap jari di lokasi kejadian dan kini sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis. Due date 15.5.2026

Image
  Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis. Jawatan: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Taraf Jawatan: Tetap Download borang disini> https://www.facebook.com/photo/?fbid=1402972295209190&set=pcb.1402972421875844 Borang perlulah dihantar secara pos atau serahan tangan pada atau sebelum 15 Mei 2026.

Tawaran sewa premis gerai Majlis Daerah Jerantut

Image
  Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Pahang dan penduduk yang bermaustautin di Daerah Jerantut adalah dipelawa bagi menyewa gerai Majlis Daerah Jerantut di lokasi berikut: Klik untuk besarkan iklan Klik untuk besarkan iklan  Borang permohonan gerai boleh didapati di kaunter Majlis Daerah Jerantut secara  percuma  atau boleh muat turun borang tersebut di Laman Web Rasmi Majlis Daerah Jerantut iaitu  www.mdjerantut.gov.my . Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada  14 Februari 2025 . Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi  Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Jerantut  di talian  09-2662205 .