Sekolah Menengah Kebangsaan Agama TAHAP Jerantut


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) merupakan salah satu institusi pendidikan agama di Malaysia yang ditubuhkan pada 8 Januari 1984.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKAP) dan beroperasi sementara di Sekolah Menengah Jerantut dengan 120 pelajar serta 11 orang guru. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mansor bin Haji Abdul Kadir.

Pada 8 Januari 1988, sekolah ini berpindah ke kampus tetap di Kampung Temin, kira-kira 4 km dari Bandar Jerantut, dengan kawasan seluas 17 hektar.

Tapak baharu ini dibina di atas tanah seluas 17 hektar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk dua gelanggang tenis, sebuah rumah guru kelas C, sebuah rumah guru kelas D, dan 10 buah rumah guru kelas F untuk menampung keperluan kakitangan sekolah.

Sempena perasmian bagunan baharu, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP), bersempena nama Kebawah DYMM Sultanah Pahang dan mendapat perkenan rasmi pada 27 September 1988.

Seiring dengan pertambahan bilangan pelajar saban tahun, jumlah guru juga meningkat dengan ketara daripada 11 orang pada tahun 1984, menjadi 37 orang pada tahun 1988, dan terus bertambah sehingga ke hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.