Asal Usul Nama Kampung Bantal Jerantut

 

Kampung Bantal adalah salah satu kampung yang berada di Pinggiran Sungai Tembeling nun jauh di sana. Menariknya walaupun jauh di pedalaman, Kampung ini tidak dipinggirkan. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan oleh kerajaan.

Sekolah ada klinik ada pondok polis ada, pos kawalan perhilitan ada masjid ada surau ada. Malah ada juga sebuah istana disana. Ramai tak tahu ada istana hinggap disana untuk kegunaan Kerabat Kesultanan Pahang jika ada program disana. Nama istana itu adalah Istana Seri Tembeling.

Kali ini kas nak cerita pasa asal usul nama Kampung Bantal ini. Asal-usul nama Kampung Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, nama asal kampung ini ialah "Bantai", yang bermaksud memukul. Kisah bermula apabila seekor ular besar sering mengganggu penduduk kampung. 

Penduduk kemudian bersepakat untuk membunuh ular tersebut dengan memukulnya hingga mati. Peristiwa ini menjadi titik tolak penamaan kampung tersebut sebagai Kampung Bantal, hasil daripada sebutan "Bantai" yang berubah mengikut dialek dan masa. 

Kisah ini merupakan sebahagian daripada sejarah lisan yang diwarisi turun-temurun oleh penduduk kampung, mencerminkan bagaimana peristiwa penting dalam sesebuah komuniti boleh mempengaruhi penamaan tempat dan menjadi sebahagian daripada identiti tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.