Jerantut. Pecahan dari Daerah Lipis.
Ini adalah fakta. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Kalau begitu mari saya beritahu.
Daerah Jerantut merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah terbesar di Pahang dan Semenanjung Malaysia dengan keluasan 7,561 kilometer persegi. Daerah ini juga merangkumi 10 buah mukim dan berpusat di Bandar Jerantut.
Sebelum diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Jerantut termasuk di bawah pentadbiran daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1951, Jerantut merupakan satu daerah kecil dalam daerah Lipis dan ditadbir oleh penolong pegawai daerah.
Pada 1 Januari 1959, pemasyhuran Jerantut sebagai sebuah daerah telah disempurnakan oleh Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang dan seorang pegawai daerah dilantik bertujuan membantu pengurusan pentadbiran daerah ini.
Daerah Jerantut ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Jerantut yang berpusat di Bandar Jerantut. Daerah ini dibahagikan kepada 10 buah mukim, sebuah bandar dan dua buah pekan.
Mukim
- Mukim Burau
- Mukim Hulu Cheka
- Mukim Hulu Tembeling
- Mukim Kelola
- Mukim Kuala Tembeling
- Mukim Pedah
- Mukim Pulau Tawar
- Mukim Tebing Tinggi
- Mukim Teh
- Mukim Tembeling
Pekan dan Bandar

Comments
Post a Comment