Posts

Showing posts from March, 2025

Cara memohon bantuan baiki rumah atau rumah baru

Image
  Memiliki mahligai impian adalam impian semua orang. Bagaimanapun ada insan yang tidak mampu kerana kekangan hidup dan kedaifan yang ditanggung membuatkan mereka hanya tinggal didalam pondok usang. Bagaimanapun anda mempunya beberapa saluran untuk memohon bantuan jika anda kurang berkemampuan dan berkelayakan. Ini kerana melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersedia membantu. Tetapi ada syaratnya. Syarat-syarat dia seperti berikut  *Syarat-Syarat; 1. Beragama islam 2. Rakyat negeri pahang atau pemastautin negeri pahang 3. Tergolong dalam criteria asnaf fakir dan miskin 4. Pemohon tidak berkemampuan untuk membina / membaikpulih rumah 5. Keadaan rumah yang uzur dan perlu dibaiki menurut siasatan pihak MUIP 6. Keadaan rumah yang tidak lagi sesuai untuk tinggal dan itada pilihan tempat tinggal lain melainkan berterusan dalam keadaan tersebut 7. Rumah selain daripada rumah sewa 8. Telah disokong dan dipertimbangkan melalui siasatan MUIP Jika anda menepati...

Majlis Perasmian BS Freshmart Jerantut dan Majlis Iftar Bersama Pelanggan BS Freshmart

Image
  Meriah..itulah gambaran majlis Pembukaan BS Freshmart Jerantut. Cawangan ini adalah yang kedua di Jerantut. Lokasi cawangan baru ini adalah sebelah terminal bas atau lebih tepatnya di bagunan The Store lama. Ramainya orang sebab ada jual ayam seringgit dan ikan seringgit. Maklumlah harga promosi pembukaan. Sehubungan dengan itu , pihak BS Freshmart juga berbesar hati menjemput semua pelanggan dan pengunjung untuk sama-sama berbuka puasa pada petang ini. Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk membuat kad ahli secara percuma. Selain itu, untuk yang tidak berkesempatan hadir hari ini, anda juga boleh mengambil kesempatan berbelanja dari 25hb hingga 27hb Mac ini kerena BS Freshmart juga mengadakan jualan promosi. Pelbagai produk diberikan harga yang murah. Anda boleh rujuk katalog dibawah.

Jawatan kosong MDJ April 2025

Image
  Majlis Daerah Jerantut mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan yang ditawarkan. Antara jawatan yang ditawarkan adalah: 1. Penolong Pegawai Tadbir 2. Penolong Arkitek Landskap  3. Pembantu Penguatkuasa  4. Pembantu Khidmat Am Cara-cara memohon. Pemohon boleh mendapatkan borang melalui link dibawah  https://mdjerantut.gov.my/iklan-jawatan-kosong-07april2025/?fbclid=IwY2xjawJO5cJleHRuA2FlbQIxMQABHcL6wiadDTZt1Sbo7uSDZQ7kETyqIKKHldSelwGK6PD78SnjsIz_nl-PcQ_aem_hGohoV7_Up_AJ1X25yRvVg atau imbas QR dibawah. 2.  Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen yang telah disahkan:- Sijil Kelahiran Kad Pengenalan (depan dan belakang) Sijil Berhenti Sekolah Sijil/diploma/ijazah yang berkaitan Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon 3.  Tarikh Tutup : 7 APRIL 2025 4. Permohonan yang ...

Jerantut dinobat antara 20 Bandar Paling Bahagia 2025. Bahagiakah deme?

Image
  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam telah mengumumkan dan memberi anugerah kepada 20 buah bandar sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2025. Jerantut turut diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 buah bandar yang Bahagia itu. Berikut adalah senarai 20 buah bandar yang diiktiraf KPKT. 1. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah)  ■ Bandar Lipis, Pahang;  ■ Cameron Highlands, Pahang; Bandar Kuala Krai, Kelantan;  ■ Bandar Baharu, Kedah; Π Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan;  ■ Bandar Jerantut, Pahang;  ■ Bandar Jelebu, Negeri Sembilan;  dan Bandar Telupid, Sabah.  2. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran)  ■ Bandar Bintulu, Sarawak;  ■ Bandar Temerloh, Pahang; Bandaraya Diraja Klang, Selangor;  ■ Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan;  ■ Bandar Jasin, Melaka; Bandar Pontian, Johor;  ■ Bandar Ampang Jaya, Selangor;  ■ Bandar Batu Pahat, Johor;   ■ Bandaray...

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.

Image
  Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personal Mystep Guru Ganti sekolah Rendah / Menengah Daerah Jerantut. Ada 50 kekosongan bagi tahun ini di seluruh daerah Jerantut.  Gaji yang ditawarkan adalah antara RM2000 hingga RM2490. Mereka yang berminat boleh terus memohon melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=faf0cc04a422473a8cfcafa235634b65

Jawatan Kosong Family Mart Jerantut. Kemasukan segera 2025.

Image
  Anda berpengalaman dalam bidang F&B? Anda mempunyai kelayakan dan pengalaman mencukupi? Apa kata anda mohon jawatan ini: Syarikat: Family Mart Lokasi: Jerantut Jawatan: Store Manager Kerja : Tetap Gaji: RM2600-RM3800 Jika berminat anda boleh apply terus secara online melalui link dibawah https://malaysia.indeed.com/viewjob?jk=a71fef2f31336722&from=sharedmweb

Meriah Expo Raya Jerantut. Baju Melayu murah serendah RM50

Image
  Seminggu dah berpuasa. Tentunya ada yang sudah siap sedia awal-awal pakaian raya kan? Ada juga yang last minit suka mencari persiapan raya. Mungkin ada juga yang menunggu hari gaji untuk melunaskan persiapan raya. Apapun semalam saya pergi ke Expo Raya Jerantut. Saja berjalan-jalan sebelum berbuka. Nampaknya suasana lengang lagi..mungkin kerana orang sibuk untuk persiapan berbuka. Seperti biasa anda boleh mendapatkan baju melayu, baju kurung, dewasa dan kanak-kanak pun ada, selipar, kasut raya, pakaian sukan, baju tidur, mainan, tudung, beg sekolah dan pelbagai lagi.  Sempat juga saya survey baju raya. Nampaknya lebih murah berbanding jenama terkenal yang berharga dekat RM200. Di Expo Raya Jerantut ni harga baju melayu moden style fit ni boleh didapat dengan harga serendah RM130 serius tak tipu. Menariknya disini, kalau anda cepat anda akan dapat jackpot. Apa yang saya maksudkan adalah baju melayu berharga RM50 sepasang.  Apa peniaga yang menawarkan kan baju melayu sepa...

Jawatan Kosong FGV Plantations Jerantut. Mac 2025.

Image
  Jawatan Kosong FGV Plantations Jerantut. FGV menawarkan jawatan sebagai Kerani Pentadbiran Dan Kewangan. Gaji ditawarkan adalah antara RM1.5 ke RM1999. Penempatan adalah di daerah Jerantut. Taraf pekerjaan adalah tetap sepenuh masa. Waktu berkerja adalah normal office hours. Kelayakan yang diperlukan adalah sekurangnya memiliki diploma. Jika anda memenuhi kelayakan ini anda boleh apply secara dalam talian melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=464e5d31d65a4a95b4961de87464cd62

Permohonan Tapak Jualan Kuih Raya di Majlis Daerah Jerantut

Image
Kepada mereka yang ingin mendapatkan tapak bagi meniaga kuih muih raya, anda boleh dapatkan borang permohonan di Majlis Daerah Jerantut. Ingat, nak berniaga kena ada lesen. Barulah berkat perniagaan anda. Borang tersebut boleh didapati di MDJ bermula esok dan sehingga tutup permohonan pada 12 Mac 2025. Borang hendaklah diambil di kaunter pada waktu kerja. Ingat, waktu kerja adalah separuh hari sepanjang bulan puasa ni. Jangan datang pukul 3 petang pulak. Memang takde sape nak layan aok.  

Beli 50 keping Murtabak tapi tak bayar di Jerantut

Image
  Baru berapa hari ramadhan dah bermacam ragam orang kita ni. Semalam viral di FB ada owner peniaga murtabak di Jerantut mencari siapakah gerangan yang membuat bayaran untuk 50 keping murtabak secara online tetapi owner tidak menerima dalam akaunnya. "Assalamualaikum. Maaf sebelum itu, saya nak cari kakak perempuan yang beli dengan Murtabak Manja 50 keping semalam 1 Ramadan.  Berkenaan bayaran secara ‘transfer’, tak ada dalam sistem. Tapi kami cam muka kakak. Tolong ya kakak muncul kan diri. Hubungi saya atau ke Murtabak Manja,” katanya. Jadi siapakah akak yang dimaksudkan itu? Diharapkan dapat la setel sebelum raya ya.. 50 keping bukan sikit2 tu..