Cara memohon bantuan baiki rumah atau rumah baru
Bagaimanapun anda mempunya beberapa saluran untuk memohon bantuan jika anda kurang berkemampuan dan berkelayakan.
Ini kerana melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersedia membantu.
Tetapi ada syaratnya. Syarat-syarat dia seperti berikut
*Syarat-Syarat;
1. Beragama islam
2. Rakyat negeri pahang atau pemastautin negeri pahang
3. Tergolong dalam criteria asnaf fakir dan miskin
4. Pemohon tidak berkemampuan untuk membina / membaikpulih rumah
5. Keadaan rumah yang uzur dan perlu dibaiki menurut siasatan pihak MUIP
6. Keadaan rumah yang tidak lagi sesuai untuk tinggal dan itada pilihan tempat tinggal lain melainkan berterusan dalam keadaan tersebut
7. Rumah selain daripada rumah sewa
8. Telah disokong dan dipertimbangkan melalui siasatan MUIP
Jika anda menepati semua syarat diatas anda layak untuk memohon. Tetapi keputusan akhir adalah diatas pertimbangan pihak MUIP ye. Mereka akan melawat dan memastikan hanya yang betul-betul layak untuk menerima bantuan ini.
Borang anda boleh klik dibawah.
👇👇👇👇

Comments
Post a Comment