Meriah Expo Raya Jerantut. Baju Melayu murah serendah RM50

 
Seminggu dah berpuasa. Tentunya ada yang sudah siap sedia awal-awal pakaian raya kan? Ada juga yang last minit suka mencari persiapan raya. Mungkin ada juga yang menunggu hari gaji untuk melunaskan persiapan raya.
Apapun semalam saya pergi ke Expo Raya Jerantut. Saja berjalan-jalan sebelum berbuka. Nampaknya suasana lengang lagi..mungkin kerana orang sibuk untuk persiapan berbuka.

Seperti biasa anda boleh mendapatkan baju melayu, baju kurung, dewasa dan kanak-kanak pun ada, selipar, kasut raya, pakaian sukan, baju tidur, mainan, tudung, beg sekolah dan pelbagai lagi. 
Sempat juga saya survey baju raya. Nampaknya lebih murah berbanding jenama terkenal yang berharga dekat RM200. Di Expo Raya Jerantut ni harga baju melayu moden style fit ni boleh didapat dengan harga serendah RM130 serius tak tipu.

Menariknya disini, kalau anda cepat anda akan dapat jackpot. Apa yang saya maksudkan adalah baju melayu berharga RM50 sepasang.  Apa peniaga yang menawarkan kan baju melayu sepasang serendah RM50 beb. Katanya itu design dan jenis colour tahun lepas. Kena cepat cari..kalau tak habis.

Bagi saya la..harga dia boleh tahan la murah. Tak sangka ada juga baju melayu slim fit dia orang boleh letak dalam RM130. 

Ada juga jersi dan seluar pendek yang berharga RM10. Ni boleh pakai petang-petang atau buat tidur.

Apapun takde ape sangat saya beli semalam. Sebab saja buat tinjauan. Tapi saya akan datang semula sini sebab baju melayu dia murah gais....
Jom serbu Expo Raya Jerantut. Dia ada sampai malam raya!!






Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.