Lelaki berpura-pura ingin membeli cincin tunang rupanya terus mencuri barang kemas bernilai RM26k di Jerantut
Seorang lelaki di Jerantut menggunakan taktik menyamar sebagai pelanggan untuk mencuri barang kemas bernilai hampir RM26,000 di sebuah kedai emas. Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, suspek berpura-pura mahu membeli cincin pertunangan sebelum meminta jurujual menunjukkan pelbagai jenis barang kemas termasuk cincin dan gelang. Ketika jurujual berpaling untuk mengambil barangan lain, suspek mengambil kesempatan melarikan semua barang kemas di atas meja pameran dan melarikan diri. Jurujual sempat mengejar tetapi gagal menangkap suspek.
Barangan yang dilarikan termasuk tiga gelang emas, satu cincin emas dan satu cincin perak dengan nilai sekitar RM25,901. Polis telah mendapatkan rakaman CCTV serta menemui cap jari di lokasi kejadian dan kini sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Comments
Post a Comment