Kalau Melaka ada Sekolah Henry Gurney, Jerantut juga da. Sekolah Tunas Bakti Jerantut. Nampak sama tapi bukan. Ini perbezaannya.
Tetapi jangan salah faham. Sekolah ini tidak sama seperti sekolah Henry Gurney. Kenapa? Mari saya jelaskan.
Pertama sekali Henry Gurney adalah dibawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia. Manakala Tunas Bakti adalah bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kedua, pelajar Henry Gurney adalah pesalah juvana yang terbukti bersalah di mahkamah. Manakala pelajar Tunas Bakti adalah pelajar yang bermasalah dari segi akhlak dan disiplin.
Tempoh masa pula di Henry Gurney adalah selama mana ditetapkan mahkamah atau sehingga berumur 21 tahun. Manakala di Tunas bakti pula adalah selama 3 tahun sahaja.
Walapun mereka ditempatkan di Tunas Bakti, tetapi mereka bukanlah pesalah juvana. Para guru juga seringkali membawa pelajar untuk program luar sekolah seperti perbarisan hari kebangsaan, aktiviti sukan dan pelbagai lagi aktiviti luar bilik darjah.

Comments
Post a Comment