E-Rakyat Pahang. Daftar segera .
▪️e-Rakyat Pahang ialah Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang — portal digital rasmi Kerajaan Negeri Pahang yang dibangunkan untuk menyelaras, mengurus dan menyempurnakan pemberian bantuan kepada rakyat negeri Pahang secara lebih teratur, bersepadu dan berkesan.
▪️Sistem ini membolehkan Kerajaan Negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi, serta mengelakkan pertindihan penerima dan pembaziran peruntukan.
▪️Matlamatnya jelas, bantuan mesti sampai kepada mereka yang benar-benar layak, tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat
Anda boleh layari portal rasmi e-Rakyat Pahang untuk:
▪️Daftar akaun / daftar pendaftaran
▪️Semak status pendaftaran atau bantuan
▪️Kemaskini maklumat isi rumah
Daftar sekarang di : https://erakyat.pahang.gov.my

Comments
Post a Comment