Posts

Showing posts from January, 2026

Tawaran sewa premis gerai Majlis Daerah Jerantut

Image
  Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Pahang dan penduduk yang bermaustautin di Daerah Jerantut adalah dipelawa bagi menyewa gerai Majlis Daerah Jerantut di lokasi berikut: Klik untuk besarkan iklan Klik untuk besarkan iklan  Borang permohonan gerai boleh didapati di kaunter Majlis Daerah Jerantut secara  percuma  atau boleh muat turun borang tersebut di Laman Web Rasmi Majlis Daerah Jerantut iaitu  www.mdjerantut.gov.my . Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada  14 Februari 2025 . Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi  Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Jerantut  di talian  09-2662205 .

Jawatan kosong Penyelia Kilang Sawit Felcra Jayaputra Jerantut.

Image
 Jawatan kosong sebagai Penyelia Proses Kilang Felcra Jayaputra Sdn.Bhd. Lokasi di Jerantut. Skop Kerja: 1- Membantu pengurus kilang dalam semua aspek operasi kilang seperti menyelia aktiviti pengeluaran. 2- Memantau pekerja kilang dan memastikan prosedur operasi kilang dan langkah keselamatan dipatuhi sepanjang masa. 3- Mengekalkan kebersihan kilang secara keseluruhan dan peralatan serta jentera (machine) berada dalam keadaan optimum. 4- Mengenal pasti dan menyelesaikan isu berkaitan proses dengan segera. 5- Memastikan operasi kilang sentiasa mematuhi piawaian operasi Sijil Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) Jika berminat boleh mohon secara online melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=d33ccdf607b9454ab4b304375e274ce8

Ramai tak tahu Majlis Daerah Jerantut akan berusia 44 tahun pada bulan Mac ini nanti.

Image
  Majlis Daerah Jerantut (MDJ) mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan pembangunan pentadbiran di negeri Pahang, khususnya dalam menguruskan kawasan utara negeri yang kaya dengan sumber alam dan pelancongan. ​Berikut adalah ringkasan sejarah penubuhannya: ​1. Era Awal (Lembaga Bandaran) ​Sebelum bergelar Majlis Daerah, pentadbiran kawasan ini bermula dengan penubuhan Lembaga Bandaran Jerantut (Jerantut Town Board). Pada ketika itu, fungsinya sangat terhad dan hanya menumpukan kepada pengurusan asas pekan Jerantut yang merupakan pusat transit penting bagi pengangkutan kereta api. ​2. Penubuhan Majlis Daerah (1982) ​Sejarah moden MDJ bermula secara rasmi pada 1 Mac 1982 . Penubuhan ini adalah hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). ​Menerusi penyusunan ini, beberapa entiti kecil telah digabungkan untuk membentuk satu pentadbiran yang lebih luas: ​Lembaga Bandaran Jerantut. ​Lembaga Bandaran Kuala Tembe...

Jawatan Kosong Bertaraf MySTEP PPD Jerantut.

Image
 Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut membuka peluang untuk warga setempat memohon untuk jawatan yang berikut. 1. Guru Ganti Menengah/Rendah  2. Pembantu Pengurusan Murid  Permohonan adalah secara dalam talian. Klik pada pautan dibawah. Jawatan Guru Ganti link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=7ac8a8153f5d44a0841b7ed27649119f Jawatan PPM link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=9aa19c89e0ed44c790edb2c0b95ca55b Selamat mencuba dan semoga berjaya.

E-Rakyat Pahang. Daftar segera .

Image
 ▪️e-Rakyat Pahang ialah Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang — portal digital rasmi Kerajaan Negeri Pahang yang dibangunkan untuk menyelaras, mengurus dan menyempurnakan pemberian bantuan kepada rakyat negeri Pahang secara lebih teratur, bersepadu dan berkesan. ▪️Sistem ini membolehkan Kerajaan Negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi, serta mengelakkan pertindihan penerima dan pembaziran peruntukan.   ▪️Matlamatnya jelas, bantuan mesti sampai kepada mereka yang benar-benar layak, tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat Anda boleh layari portal rasmi e-Rakyat Pahang untuk: ▪️Daftar akaun / daftar pendaftaran ▪️Semak status pendaftaran atau bantuan ▪️Kemaskini maklumat isi rumah Daftar sekarang di :  https://erakyat.pahang.gov.my

Kawatan Kosong Institut Kemahiran Tinggi TVET Jerantut

Image
  MYMidCareer40 PEGAWAI PENILAI (SKM AUTOMOTIF TAHAP 2) MYSECURITY AND DEFENCE TRAINING CENTRE SDN BHD Jerantut, Pahang 2 open position(s) 3 applied for this job Contract Permanent Working Hours Normal Hour Occupation Adult literacy teacher Salary RM 2,000 (Negotiable) Education Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5 Sector Education Job Description How You Match Job Description Tugas dan Tanggungjawab: Merangka prosedur latihan kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan bersama PPD. Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard/NOSS. Menjelaskan kepada pelatih tentang objektif, keperluan latihan kemahiran dan proses penilaian merangkumi teori dan amali/prestasi program bertauliah berdasarkan NOSS terkini. Mendaftarkan pelatih melalui sistem yang ditetapkan bagi tujuan mengikuti program latihan. Melaksanakan proses latihan Kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan/bertauliah dengan k...