PAHANG TANDATANGAN TUJUH MOU, PERKENALKAN PROJEK PEMBANGUNAN JERANTUT SQUARE
Kerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang menandatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelabur strategik sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 di KLCC. Antara MoU yang dimeterai termasuk: Yayasan Pahang dan Bubbles O2 Sdn. Bhd. bagi projek cari gali, pengilangan dan pengkomersialan sumber air bawah tanah di Pahang. Pembinaan Jaya Depan Sdn. Bhd. bersama beberapa syarikat untuk pelbagai projek seperti: Pembukaan Coffee Bean & Tea Leaf Drive Thru di Jerantut Square, Kerjasama dengan Rakanda Enterprise bagi pembekalan produk plastik dan bahan dapur, Pengurusan hotel bersama The Maple Hotel dan Easyroomz, Pembukaan Tatako Toy Centre di Jerantut Square, Serta penubuhan Mempaga Fresh Supermarket di Taman Berchang Damai, Kuala Lipis. Kerajaan negeri turut memperkenalkan projek pembangunan Jerantut Square bernilai kira-kira RM130 juta, yang dijangka menjadi mercu tanda baharu di Jerantut. Majlis tandatangan MoU disaksikan oleh Menteri Besar Pahang...