Liga Amatur Pahang 2025 membuka tirai. Bekas pemain Pahang akan beraksi mewakili kelab tempatan Jerantut.

 

Liga Amatur Pahang 2025 membuka tirai hari ini. Liga yang baru bermula pada tahun ini terbahagi kepada 4 Zon. Zon Barat , Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Pasukan amatur di kawasan Jerantut dan sekitar berada di Zon Tengah.

Senarai kelab Zon Tengah adalah seperti berikut. Poster dibawah adalah pasukan-pasukan yang beraksi di didalam Zon Tengah.

Kita ada Abyss , FV Jerantut, Gelanggi FC, Heero Academy , Pasir Sia Fc, Pulau Tawar FC, Siantan FC dan Sri Tonkin FC.


Untuk Zon Tengah ini hanya 2 padang akan digunakan untuk perlawanan rasmi iaitu Padang Kompleks Sukan KBS Jerantut dan Padang Awam Jengka 17.

Berikut adalah jadual untuk minggu pembukaan ini.



Dikhabarkan Pulau Tawar FC akan menampilkan empat bekas pemain Negeri Pahang. Ini menjadi tarikan Liga Amatur Pahang pada edisi ini. Diharapkan peminat bolasepak tempatan dapat hadir memeriahkan kejohanan ini.

sumber: FB Myligapahang


Comments

Popular posts from this blog

Jawatan kosong MDJ April 2025

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong MyStep Guru Ganti PPD Jerantut. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2025.