Posts

Showing posts from June, 2025

Jawatan Kosong MyStep Renjer Komuniti PERHILITAN Jerantut

Image
IKLAN JAWATAN KOSONG RENJER KOMUNITI (Personel MySTEP) Di Bawah Biodiversity Protection & Patrolling Programme (BP3) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan segera bagi jawatan seperti berikut: JAWATAN: Renjer Komuniti PENEMPATAN: Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, Hulu Tembeling, Jerantut. GAJI DITAWARKAN: RM1,700.00 / Sebulan (Sijil SPM) RM1,500.00 / Sebulan (Tiada Sijil SPM) TEMPOH KONTRAK: Sehingga 31 Disember 2025 KEMUDAHAN: Caruman KWSP PERKESO Insuran Perlindungan Diri Berkelompok --- SYARAT KELAYAKAN: Masyarakat Setempat (Berdasarkan Daerah / Mukim Tempat Tinggal Pemohon Berdekatan Dengan Penempatan) Berusia 18 tahun ke atas Sihat tubuh badan Melepasi pemeriksaan kesihatan asas (BMI < 27.9) Boleh bekerja mengikut jadual yang ditetapkan Berdisiplin dan boleh bekerja secara berpasukan Melepasi ujian pemeriksaan fizikal, pemeriksaan perubatan dan ujian saringan air ...

Jawatan Kosong Warden Pusat Tahfiz An Nabawi Jerantut sebagai warden lelaki dan perempuan

Image
Maahaf Tahfiz An Nabawi cawangan Jerantut membuka peluang pekerjaan sebagai warden lelaki dan warden perempuan. KEKOSONGAN DI CAWANGAN  JERANTUT Ciri-ciri & Kemahiran Yang Diperlukan : - Lelaki / Perempuan Bujang - Mempunyai latar belakang pendidikan agama - Mempunyai lesen memandu dan boleh memandu van - Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan Bidang Tugas - Memantau aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan dan memastikan pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. - Mengendalikan kelas malam pelajar. - Merancang aktiviti hujung minggu pelajar. - Memastikan keadaan asrama sentiasa bersih dan kemas. - Memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjaga. Kelebihan Yang Diberikan : - Makan dan penginapan percuma. - Tuntutan perubatan - Perkhidmatan dobi percuma Bagi yang berminat boleh mohon melalui link dibawah. Warden Lelaki: https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=38b8ca608be140449ee6572eb4bce101 Warden Perempuan: https://candidates.myfuturejobs.gov.m...

Jerantut Square : Lakaran Artis

Image
  Semalam ada keluar berita berkaitan Jerantut Square. Jadi hari ini penulis ingin share lakaran artis gambar-gambar Jerantut Square yang bakal dibina. Ada taman permainan yang cantik dan menarik.  Boleh tahan besar juga projek ini. Diharapkan pembinaan projek ini akan memakmurkan lagi ekonomi setempat. Sumber:  https://jayadepan.com/projects/double-storey/pahang/jerantut/jerantut-square/#gallery

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Image
Lokasi Jerantut Square di Belakang Texas Chiken Petron Jerantut  🏗️ Pembinaan & Pelaburan Jerantut Square dibina di atas tapak seluas 8.9 hektar dengan kos pelaburan sekitar RM130 juta. Kerja pembinaan bermula pada Mac 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2026. --- 💼 Kemudahan & Fungsi Projek ini akan merangkumi pelbagai kemudahan seperti pasar raya besar (hypermarket), pusat boling, pusat sukan, pusat perkhidmatan seperti UTC serta pelbagai ruang komersial. Ia dirancang sebagai pusat sehenti moden yang mesra pengguna. --- 🌱 Ciri Hijau & Teknologi Jerantut Square turut menampilkan ciri mesra alam seperti pemasangan panel solar dan penyediaan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), selaras dengan prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus). --- 👨‍👩‍👧‍👦 Reka Bentuk Komuniti Reka bentuk projek menekankan konsep mesra keluarga dengan adanya "Central Walk" – laluan pejalan kaki yang bersifat rekreasi. Lebih 700 tempat letak kend...

Prima Ibol Jaya Jerantut. Berhampiran Pusat Penyelidikan Tekam

Image
  𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐑𝟏𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐌𝟏𝟓𝟎𝐊 𝐉𝐄𝐑! --- 𝙍𝙐𝙈𝘼𝙃 𝙋𝙍1𝙈𝘼 𝙄𝘽𝙊𝙇 𝙅𝘼𝙔𝘼 --- SEMI D BERKEMBAR SETINGKAT 𝐃𝐞𝐭𝐚𝐢𝐥𝐬 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 : 📍 Rumah Jenis SEMI D 📍 3 Bilik tidur 📍 2 Bilik mandi 📍 Keluasan : 40x70 📍 Ada extra tanah tepi & belakang! Semak kelayakan dan buat permohonan segera melalui link dibawah. https://eperumahan.pahang.gov.my/project-detail/172 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 : 📍 Anak kelahiran Pahang  📍 Jika tak lahir di Pahang, sekurangnya dah menetap di Pahang selama 5 tahun 📍 Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10K sebulan 📍 Bujang juga boleh memohon ye!

Liga Amatur Pahang 2025 membuka tirai. Bekas pemain Pahang akan beraksi mewakili kelab tempatan Jerantut.

Image
  Liga Amatur Pahang 2025 membuka tirai hari ini. Liga yang baru bermula pada tahun ini terbahagi kepada 4 Zon. Zon Barat , Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Pasukan amatur di kawasan Jerantut dan sekitar berada di Zon Tengah. Senarai kelab Zon Tengah adalah seperti berikut. Poster dibawah adalah pasukan-pasukan yang beraksi di didalam Zon Tengah. Kita ada Abyss , FV Jerantut, Gelanggi FC, Heero Academy , Pasir Sia Fc, Pulau Tawar FC, Siantan FC dan Sri Tonkin FC. Untuk Zon Tengah ini hanya 2 padang akan digunakan untuk perlawanan rasmi iaitu Padang Kompleks Sukan KBS Jerantut dan Padang Awam Jengka 17. Berikut adalah jadual untuk minggu pembukaan ini. Dikhabarkan Pulau Tawar FC akan menampilkan empat bekas pemain Negeri Pahang. Ini menjadi tarikan Liga Amatur Pahang pada edisi ini. Diharapkan peminat bolasepak tempatan dapat hadir memeriahkan kejohanan ini. sumber: FB Myligapahang

Jawatan Kosong Guru Ganti MyStep PPD Jerantut

Image
 Kepada mereka yang berminat menjadi Guru, PPD Jerantut membuka peluang untuk menjadi guru ganti dibawah skim MyStep. Gaji ditawarkan antara RM2000 hingga RM2499. Taraf perjawatan adalah kontrak tidak tetap. Jika berminat boleh mohon terus melalui link dibawah. https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=69d482ae5670471ab99c7efdbeef77ae

Jawatan Kosong Jerantut

Image
  𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Pusat Aktiviti Warga Emas Jerantut di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Penyelia seperti di bawah : Sila majukan resume anda ke alamat berikut : 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓  𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐔𝐓  𝐍𝐎 𝟓 , 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝟏 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝟐𝟕𝟎𝟎𝟎 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐔𝐓  𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 atau emelkan kepada  𝐬𝐢𝐭𝐢𝐧𝐮𝐫𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡@𝐣𝐤𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 𝐳𝐮𝐳𝐚𝐳𝐥𝐢𝐧𝐚@𝐣𝐤𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 sebelum 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓