Sejarah Kg Batu Balai Jerantut

 

Kampung Batu Balai terletak di mukim Hulu Cheka, daerah Jerantut, Pahang. Nama kampung ini dipercayai berasal daripada sebuah batu hampar besar yang menyerupai balai. 

Pada zaman dahulu, batu ini digunakan oleh pahlawan Melayu seperti  sebagai tempat bersidang, bermusyawarah, atau membuat rundingan. Oleh kerana fungsi batu tersebut sebagai tempat pertemuan penting, kawasan ini dinamakan "Batu Balai"

Selain itu, Kampung Batu Balai juga mempunyai sejarah yang signifikan semasa zaman darurat. la pernah menjadi kawasan "hitam" kerana kehadiran komunis dan menjadi lokasi serangan terhadap Balai Polis Batu Balai. 

Kisah-kisah ini diceritakan secara lisan oleh penduduk tempatan dan menjadi sebahagian daripada warisan sejarah kampung ini

Comments

Popular posts from this blog

Jerantut Square bukti pembangunan di Jerantut semakin maju .

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut. Tutup pada 8 Mei 2025.

Jawatan Kosong Bertaraf MySTEP PPD Jerantut.