Posts

Showing posts from May, 2025

Diskaun kompaun tempat letak kereta MDJ sempena Karnival Makmur hujung minggu ini. Diskaun sehingga 70%. Bayar saman parking anda segera!

Image
 💥💥💥 Diskaun Harga Runtuh Kadar Kompaun Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Jerantut. Khas untuk 23-25 Mei 2025 sahaja ‼️‼️ Sempena Karnival Makmur Daerah Jerantut 2025, Majlis Daerah Jerantut menawarkan Pengurangan Bayaran Kompaun Tempat Letak Kereta Sehingga 70% pada masa dan lokasi yang tertera di dalam iklan hebahan ini.  Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran 🏠Cukai Taksiran 🧾Kompaun Pelbagai 🏢 Lesen Perniagaan Majlis Daerah Jerantut  Temui kami di Booth Majlis Daerah Jerantut. Moh deme! Jangan lepaskan peluang ini 🔥🔥 Sumber: FB Majlis Daerah Jerantut  Lepasni kalau taknak kena saman majlis bawak basikal elektrik je.. parking depan CIMB 👇👇👇👇👇👇👇👇👇 https://s.lazada.com.my/s.qKzUN?cc

Karnival Makmur @ Jerantut 2025. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

Image
 Warga Jerantut save the date ni. 23 hingga 25hb mei ini akan diadakan program Moh Karnival Makmur. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang 3 hari itu. Ada artis seperti Tomok dan Mus akan memeriahkan program berkenaan. Pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Moh meriahkan program ini nanti. Ajak satu keluarga datang mana tahu dapat menang cabutan bertuah.

Dapatkan ayam RM10 seekor di Jualan Kasih Hasrat di Pulau Tawar esok!

Image
Jualan kasih hasrat semua ini adalah inisiatif YB Haris Salleh dengan kerjasama FAMA Jerantut untuk menawarkan harga barangan dapur yang lebih murah. Dengan kenaikan harga barang yang tinggi setahun dua ini, pendapatan upah pula tidak menentu tentunya menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah. Justeru itu, program ini adalah saluran untuk rakyat mendapatkan harga barangan dapur yang murah. Ayam boleh dapatkan dengan harga RM10 seekor. Tunggu apa lagi. Jumpa esok di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar, Jerantut. Hari Rabu 14 Mei 2025. Masa dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Datang awal sebelum kehabisan stok!

Jawatan Kosong Guru MyStep PPD Jerantut Jun 2025.

Image
  Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan,PPD Jerantut membuka peluang untuk anda menjadi guru ganti sekolah rendah dan menengah di sekitar Daerah Jerantut. Sebanyak 30 kekosongan untuk diisi pada Bulan Jun 2025. Sekiranya berminat anda boleh mohon segera secara online melalui link dibawah  👇👇👇👇👇👇👇👇👇 https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=c7335c239c9e4f2b8540adee71b52e68

Sebelum subuh 7 Mei adalah masa terbaik mencerap hujan Meteor Eta Aquarids

Image
  Hujan Meteor Eta Aquarids adalah salah satu hujan meteor tahunan yang paling menarik, berlaku setiap tahun antara 19 April hingga 28 Mei, dengan kemuncaknya sekitar 6 hingga 7 Mei. Asal-usul Eta Aquarids berasal dari sisa debu komet Halley, salah satu komet paling terkenal yang melintasi Bumi setiap 76 tahun. Setiap kali komet Halley mendekati Matahari, ia meninggalkan jejak partikel debu di orbitnya. Apabila Bumi melintasi laluan tersebut, zarah-zarah ini memasuki atmosfera dan terbakar, menghasilkan jaluran cahaya terang yang kita lihat sebagai meteor. Waktu Pemerhatian Terbaik Tarikh terbaik: Malam 6 Mei hingga subuh 7 Mei. Waktu optimum: Selepas jam 2:30 pagi, apabila Bulan telah terbenam dan langit lebih gelap. Arah pandangan: Cari ke arah timur-timur laut, sekitar buruj Aquarius, di mana titik pancaran meteor (radiant) berada berhampiran bintang Eta Aquarii. Kadar Meteor Sekitar 50 meteor per jam boleh dilihat dalam keadaan langit gelap dan tanpa pencemaran cahaya. Meteor E...

Sejarah Kg Batu Balai Jerantut

Image
  Kampung Batu Balai terletak di mukim Hulu Cheka, daerah Jerantut, Pahang. Nama kampung ini dipercayai berasal daripada sebuah batu hampar besar yang menyerupai balai.  Pada zaman dahulu, batu ini digunakan oleh pahlawan Melayu seperti  sebagai tempat bersidang, bermusyawarah, atau membuat rundingan. Oleh kerana fungsi batu tersebut sebagai tempat pertemuan penting, kawasan ini dinamakan "Batu Balai" Selain itu, Kampung Batu Balai juga mempunyai sejarah yang signifikan semasa zaman darurat. la pernah menjadi kawasan "hitam" kerana kehadiran komunis dan menjadi lokasi serangan terhadap Balai Polis Batu Balai.  Kisah-kisah ini diceritakan secara lisan oleh penduduk tempatan dan menjadi sebahagian daripada warisan sejarah kampung ini

Notis Penutupan Jalan Utama Simpang Taman Perdana.

Image
 [HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN] Dimaklumkan bahawa simpang masuk utama Taman Perdana berhampiran Pasaraya Econsave Jerantut akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja penggantian pembetung (Culvert 12) (CH161) (Road 3) di kawasan tersebut. Tempoh penutupan adalah seperti berikut: 📅 1 Mei 2025 (Khamis) hingga 15 Mei 2025 (Khamis) ✅ Jalan akan dibuka semula pada 16 Mei 2025 (Jumaat) (Tempoh penutupan: 15 hari) Kerjasama semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan amat dihargai. Segala kesulitan amat dikesali. Sila sebarluaskan maklumat ini kepada orang ramai. Sekian, terima kasih.